Rabiah Omar, wanita Melayu pertama graduan ijazah kejuruteraan - Utusan Malaysia

Rabiah Omar, wanita Melayu pertama graduan ijazah kejuruteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Jun 1982, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita, Rabiah Omar, 23 tahun menjadi wanita Melayu pertama mendapat Ijazah Kepujian Kelas Kedua Tertinggi Jurusan Kejuruteraan.

Beliau menerima ijazah tersebut daripada Pro-Canselor Universiti Malaya, Tun Mohd. Sufian Hashim bersama-sama 19 mahasiswa Melayu yang lain dalam satu Majlis Konvokesyen Universiti Malaya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 20 Jun 1983 – Menteri Perusahaan Utama, Datuk Paul Leong yakin Malaysia bakal menjadi sebuah negara pengeluar koko utama di dunia menjelang tahun 1990.
  • 20 Jun 1984 – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB), pengendali stesen TV3 akan menyiarkan Berita Perdana yang disalurkan dari TV Malaysia mulai 1 Julai ini.
  • 20 Jun 198510 banduan dari Penjara Kajang telah ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja membaiki jalan ke Kampung Batu 17 Seberang, Dusun Tua, Hulu Langat sejak 2 Jun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN