Pusat pengumpulan pendatang haram ASEAN di Pulau Galang - Utusan Malaysia

Pusat pengumpulan pendatang haram ASEAN di Pulau Galang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Jun 1979, Utusan Malaysia melaporkan pendatang haram Vietnam yang kini berada di Malaysia akan mula dipindahkan ke pulau pengumpulan pendatang haram ASEAN di Pulau Galang, Indonesia bulan depan.

Ketika mengumumkan kerja-kerja terakhir pusat pengumpulan tersebut, Menlu Indonesia, Profesor Mochtar Kusumaatmadja memaklumkan, pihak Suruhanjaya Tinggi bagi Orang Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) sepatutnya dapat menyiapkan pusat berkenaan dalam masa sebulan sahaja.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Jun 1977 – Pengukir dan pelukis dari Malaysia, Gerald Henderson yang banyak menghasilkan karya menggunakan bauksit, nikel, batu dan pasir kini mengadakan pameran hasil kerjanya di Australia.
  • 28 Jun 1978Datuk Mohamad Adnan, 61, telah mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang keenam di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim B.T.H. Lee.
  • 28 Jun 1979 – Para perwakilan dari negara pengeluar getah dunia telah mengadakan perbincangan mengenai sistem baharu menoreh getah di Makmal Tun Abdul Razak di Brickendonbury, England.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya