Pada 10 Jun 1975, Utusan Malaysia melaporkan PERNAS menjadi pemegang saham terbesar Syarikat Besiwaja Malayawata apabila 4,200,000 saham syarikat tersebut diambil alih oleh Kejuruteraan PERNAS Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik PERNAS.
PERNAS sebelum ini memiliki 3,110,000 saham syarikat berkenaan yang dahulunya dipegang oleh sebuah badan kewangan Bank Dunia dan sebuah syarikat pelaburan dari Amerika Syarikat.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 Jun 1975 – Sijil-sijil persekolahan beberapa buah sekolah menengah agama di negara ini telah diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Mesir.
- 10 Jun 1976 – Satu pasukan penyiasat seramai empat orang dari Australia tiba di Kota Kinabalu untuk membantu pihak berkuasa Malaysia menyiasat nahas pesawat Nomad yang telah mengorbankan Tun Mohd. Fuad Stephens.
- 10 Jun 1977 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menubuhkan Unit Saudara Baru yang bertujuan untuk membantu berkaitan hal-hal agama dan kebajikan mereka yang baru memeluk agama Islam.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]