Penemuan barang purba wajib dilaporkan - Utusan Malaysia

Penemuan barang purba wajib dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Jun 1979, Utusan Malaysia melaporkan Muzium Negara memberi amaran kepada warganegara Malaysia yang tidak melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai penemuan sesuatu benda purba atau monumen. Sekiranya gagal melakukannya, mereka boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketua Pengarahnya, Shahrum Yub memaklumkan, selain hukuman akibat tidak melaporkan kepada pihak berkuasa, individu terlibat turut boleh dikenakan di bawah sebab-sebab lain, tertakluk kepada Fasal 28, Akta Benda Purba 1976.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 Jun 1977Bank Rakyat kini mula bergerak aktif dalam melaksanakan projek-projek pembinaan rumah bagi mengatasi masalah perumahan yang berlaku di seluruh negara.
  • 14 Jun 1978Mazuin Hamzah, 14 tahun yang merupakan bekas johan dalam pertandingan nyanyian kanak-kanak seluruh Malaysia 1974 turut memiliki diploma dalam bidang muzik dari Sekolah Muzik Moscow.
  • 14 Jun 1979 – Sebuah pesawat MAS, Boeing 707 yang dalam penerbangan ke Madras hampir berlanggar dengan sebuah pesawat lain di ruang udara Teluk Benggala di India.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya