Neng Yatimah seniwati pertama berlakon bersama P. Ramlee - Utusan Malaysia

Neng Yatimah seniwati pertama berlakon bersama P. Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Jun 1973, Utusan Malaysia melaporkan Seniwati Neng Yatimah merupakan seniwati pertama berlakon dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu dalam filem berjudul ‘Takdir Ilahi‘. Neng berlakon sebagai heroin dan P. Ramlee sebagai hero.

Menurut Neng, ketika itu mereka sama-sama menceburi dunia perfileman dan hasil dari lakonan ‘Takdir Ilahi‘ itu, nama P. Ramlee telah mulai dikenali hingga ke Indonesia, manakala Neng mendapat gelaran ‘Bintang Air Mata‘.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 21 Jun 1970Malaysia akan menghantar 24 pegawai dan peserta dalam kejohanan Sukan Komanwel yang akan diadakan di Edinburgh, Scotland pada 16 hingga 25 Julai depan.
  • 21 Jun 1971Tun Dr. Mahathir Mohammad, tokoh UMNO yang dipecat daripada parti dua tahun lalu, hari ini mengulangi kenyataannya tentang kemungkinan untuk masuk UMNO semula.
  • 21 Jun 1972Nirman Kamal, 16 tahun dari Pulau Pinang yang terpilih menyertai perkhemahan Rising Sun di New York berazam untuk memperkenalkan Malaysia kepada pelajar-pelajar lain di seluruh dunia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya