Muhammad Ali cipta taktik tinju 'Malaysia Waltz' - Utusan Malaysia

Muhammad Ali cipta taktik tinju ‘Malaysia Waltz’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Jun 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan juara tinju dunia, Muhammad Ali telah mencipta satu tarian yang digelar ‘Malaysia Waltz‘, yang merupakan satu taktik baru yang akan digunakan dalam pertarungan dengan Joe Bugner di Stadium Merdeka pada 1 Julai nanti.

Muhammad Ali membuat pengumuman tersebut setelah selesai menamatkan larian marathon 10 pusingan di Stadium Negara dan beliau turut memaklumkan, corak tarian tersebut sangat sesuai untuk beliau ketika perlawanan sebenar nanti.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Jun 1973Kerajaan telah mengiktiraf ijazah-ijazah dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar dan beberapa buah universiti lain di Asia Barat.
  • 19 Jun 1975 – Lebih 60 peratus pegawai profesional bumiputera akan mengetuai tugas-tugas dan penyelidikan dalam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjelang tahun 1977.
  • 19 Jun 1976MARA sedang membina sebuah kompleks latihan dagang yang terbesar di Asia terletak di tapak perusahaan Peramu, Pekan, Pahang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN