Marina Chin cipta rekod tunggal acara lompat pagar - Utusan Malaysia

Marina Chin cipta rekod tunggal acara lompat pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Jun 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan jaguh lompat pagar kebangsaan, Marina Chin berjaya mencatat rekod tunggal pada sesi pertama Kejohanan Olahraga Amatur Selangor yang berlangsung di Stadium Merdeka hari ini.

Marina Chin mencatat kepantasan masa 14.3 saat mengatasi rekod lama beliau iaitu 14.4 saat dalam acara 100 meter lompat pagar wanita.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Jun 1975Syarikat Kerjasama Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Timur yang bertapak di Jitra, Kedah telah memperoleh keuntungan sebanyak RM23,900 dalam tempoh tiga tahun menerusi projek-projek perniagaannya.
  • 25 Jun 1977Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia akan membina sebuah hospital Islam tidak lama lagi menurut yang dipertuanya, Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa.
  • 25 Jun 1979 Institut Penyelidikan Ular dan Bisa terpaksa mengurangkan pengeluaran bisa dari ular-ular laut kerana kesukaran untuk mendapatkan haiwan tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya