Malaysia pinjam RM200 juta daripada Jepun - Utusan Malaysia

Malaysia pinjam RM200 juta daripada Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Jun 1973, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia telah memohon pinjaman luar biasa berjumlah RM200 juta daripada Jepun bagi membiayai pelaksanaan dua projek besar di negara ini.

Projek-projek yang bakal dijalankan ialah sebuah kilang pembinaan kapal di Johor Bahru yang dijangka menelan kos sebanyak RM95 juta dan pembelian tiga buah kapal minyak kelapa sawit yang berharga RM105 juta.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 26 Jun 1969 – Syarikat minyak Shell Malaysia Berhad akan melabur sebanyak RM33 juta bagi memperbesarkan kilang penapisan minyak,
    pemasaran serta kemudahan pengagihan di Malaysia.
  • 26 Jun 1971Mohd. Ramly Mohamad, 25 tahun merupakan anak Melayu tunggal daripada 79 siswazah yang menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan daripada Universiti Malaya.
  • 26 Jun 1972 Pulau Rawa yang terletak di sebelah timur Negeri Johor bakal dibuka kepada para pelancong tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN