Kelantan diserang wabak demam kepialu - Utusan Malaysia

Kelantan diserang wabak demam kepialu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Jun 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir mengingatkan seluruh penduduk Kelantan bahawa demam kepialu yang berlaku di negeri ini adalah serius berikutan jumlah pesakit yang dilaporkan meningkat lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Sambil menasihati orang ramai supaya mengambil perhatian berat terhadap penyakit berkenaan, beliau turut menerangkan bahawa setakat ini seramai 105 orang telah disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Jun 1976Tiga perompak bersenjata telah merompak wang tunai bernilai RM41,500 dari Chartered Bank, Jalan Bendahara, Melaka dan menjadikan pengawal bank tersebut sebagai tebusan mereka.
  • 12 Jun 1978 – Pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Santokh Singh bakal melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Taljit Kaur di Kuil Sikh, Jalan Chow Kit hari ini.
  • 12 Jun 1979Sammy Dean atau nama asalnya Amin Samad dari Johor Bahru kini telah menjadi seorang penyanyi yang semakin dikenali di Jerman Barat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN