Pada 29 Mei 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah tiba di Peking (China) dan diberikan sambutan paling meriah yang kelazimannya diberikan kepada tetamu khas dan sahabat lama.
Sambutan hangat ini menandakan bahawa pentingnya kunjungan muhibah pemimpin Malaysia oleh pemerintah dan rakyat China. Ini merupakan kali pertama bendera Malaysia dan China dikibarkan serentak sejak pengumuman mengenai penubuhan hubungan tersebut.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 29 Mei 1971 – Lebih daripada 200 buah kapal dengan jumlah muatan 330,117 tan telah singgah di Pelabuhan Kota Kinabalu dalam tempoh
tiga bulan pertama tahun ini. - 29 Mei 1974 – Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu disarankan supaya mewujudkan ‘musim kemuncak‘ buah nanas di Daerah Pontian, Johor.
- 29 Mei 1975 – Logo Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu Wau Bulan, yang diukir khas di atas permukaan kayu jati dari Terengganu
akan dipamerkan di Pejabat Kawasan MAS di United Kingdom.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]