Norhisham pemenang pertama cerpen Esso-GAPENA - Utusan Malaysia

Norhisham pemenang pertama cerpen Esso-GAPENA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Mei 1985, Utusan Malaysia melaporkan seorang penulis bebas dari Kelantan, Norhisham Mustafa diumumkan sebagai pemenang pertama peraduan mengarang cerpen ke-6 anjuran Esso-GAPENA.

Cerpen beliau bertajuk, “Batas-Batas Perhitungan” dipilih oleh anggota panel penilai dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000. Tempat kedua dimenangi oleh Ibrahim Nusi dari Johor dengan cerpennya, “Murtad” dan tempat ketiga ialah, Sahul Hamid Salim Mastan dari Pulau Pinang dengan cerpen berjudul “Tok Udin“.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 Mei 1980Azean Irdawaty, Aktres Terbaik FFM 1980 bakal diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya, Khairil Anwar, 28 tahun pada 29 Mei ini.
  • 15 Mei 1982 – Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah mencapai satu lagi kejayaan cemerlang dengan menghasilkan dua jenis vaksin baru untuk mengawal penyakit sampar ayam.
  • 15 Mei 1983Atlet angkat berat kebangsaan, Samah Ali, 29 tahun kini sedang berusaha menambah berat badan bagi membolehkannya menyertai kategori heavyweight di Sukan SEA di Singapura tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya