Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) ditubuhkan - Utusan Malaysia

Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Mei 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan telah menubuhkan sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Bandar untuk membantu rakyat di luar bandar mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan perusahaan di bandar-bandar, kata Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ketika mengumumkannya hari ini.

Perdana Menteri memaklumkan, pada peringkat permulaan, lembaga tersebut akan menumpukan rancangannya di Kuala Lumpur yang kemudiannya diikuti oleh bandar-bandar lain.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 3 Mei 1970Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman hari ini memuji kejayaan pasukan keselamatan Malaysia dan Thai yang berjaya menawan sebuah khemah komunis di Daerah Betong, Selatan Thailand.
  • 3 Mei 1973 – Doktor warganegara India merupakan doktor negara asing yang paling ramai berkhidmat di Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Tan Sri Lee Siok Yew.
  • 3 Mei 1974 – Kerajaan Mesir telah mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestine (PLO) sebagai sebuah badan rasmi, menurut akhbar Al-Ahram hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya