Baitulmuqaddis diisytihar sebagai ibu negara Palestin - Utusan Malaysia

Baitulmuqaddis diisytihar sebagai ibu negara Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Mei 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Baitulmuqaddis telah diisytiharkan sebagai ibu negara Palestin oleh Sidang Ke Sepuluh Para Menteri Luar Islam.

Persidangan tersebut turut meluluskan pembentukan pertubuhan ibu-ibu negara Islam termasuk Baitulmuqaddis. Ia turut menyeru semua 42 anggota Pertubuhan Sidang Islam (ICO) supaya meningkatkan lagi bantuan kewangan dan sokongan mereka untuk kempen membebaskan Palestin daripada penguasaan Israel.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 Mei 1975 – Tiga kesatuan sekerja Lembaga Letrik Negara (LLN) meminta campurtangan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi menyelesaikan pertikaian antara mereka dan Menteri Buruh yang menemui jalan buntu.
  • 14 Mei 1977 – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir akan merasmikan pelancaran perkhidmatan bas ekspres Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) antara Kota Bharu dan Singapura 21 Mei ini.
  • 14 Mei 1979 – Sukarno M. Noor dan Christine Hakim dipilih sebagai aktor dan aktres terbaik Indonesia dalam Pesta Filem Indonesia yang berlangsung di Palembang, Sumatera Selatan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya