Pada 21 Mei 1983, Utusan Malaysia melaporkan Yang di-Pertuan Agong menandatangani titah perintah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Istana Negara.
Istiadat tersebut disaksikan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Dr. Sulaiman Daud, timbalannya, Tun Khalil Yaacob serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 21 Mei 1982 – Muzium Negeri Terengganu telah menerima sumbangan sebanyak 80 buah buku berkaitan dengan muzium seluruh negara daripada Yayasan Asia.
- 21 Mei 1983 – Akhbar Mesir, Al-Ahram memberi amaran kepada Israel kerana menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian dan menggesa negara Yahudi itu segera mengundurkan tenteranya dari Lebanon.
- 21 Mei 1984 – Kerajaan Negeri Perak menyediakan sebuah tapak seluas 400 hektar di Bandar Baru Sri Iskandar di Daerah Perak Tengah bagi mendirikan kampus cawangan sebuah universiti tempatan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]