Pada 17 April 1985, Utusan Malaysia melaporkan tentang arahan Menteri Pelajaran, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar semua sekolah mengambil tindakan positif bagi memastikan kawasan sekolah sentiasa kelihatan cantik dan bersih.
Sekolah juga diarahkan supaya menyemaikan nilai-nilai keindahan dan kebersihan dalam kalangan pelajar agar ia menjadi satu cara hidup yang berterusan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 April 1978 – Sekolah Menengah Bandar Tinggi Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan muncul juara dalam pertandingan kuiz sejarah peringkat kebangsaan yang berlangsung di Angkasapuri.
- 17 April 1984 – Wan Mas Wan Ibrahim yang menerima anugerah Ibu Mithali daripada Raja Permaisuri Agong berkata, anak- anak yang ramai bukanlah satu masalah.
- 17 April 1985 – Presiden Filipina, Marcos memohon bantuan daripada negara-negara Islam dalam usahanya memulihkan rundingan damai dengan para pemberontak Islam di Selatan Mindanao.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]