Pada 30 April 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia telah berjaya menemukan satu kaedah saintifik untuk menghasilkan diesel yang bermutu tinggi daripada minyak kelapa sawit.
Ciptaan tersebut merupakan hasil kajian daripada pakar-pakar penyelidikan dari Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM).
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 30 April 1982 – Projek pengeluaran batu marmar di Pulau Langkawi akan menggunakan kepakaran dari Itali bagi menjamin kualitinya di pasaran antarabangsa.
- 30 April 1983 – Kempen ‘Kepimpinan Melalui Teladan‘ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bulan lalu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
- 30 April 1984 – Rangkaian Restoran Sate Ria yang semakin berkembang di negara ini bakal membuka beberapa lagi cawangannya di luar negara meliputi Asia dan Eropah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]