Pada 16 April 1977, Utusan Malaysia melaporkan Kumpulan Nasyid Ratima dari Sarawak berjaya menjadi johan pertandingan nasyid peringkat kebangsaan 1976 yang berlangsung di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Nasyid Nadwatul Iman dari Kota Kinabalu, Sabah manakala Kumpulan Nasyid Ilas’ Saadah dari Kuala Terengganu mendapat tempat ketiga.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 16 April 1975 – GPMS mendesak pihak kerajaan mewajibkan pelajar Di semua peringkat sekolah di Malaysia mempelajari agama Islam sesuai sebagai agama rasmi negara.
- 16 April 1977 – Koperasi Perumahan Melayu Temerloh (KOPAM) telah ditubuhkan secara rasmi menerusi satu perjumpaan di Bangunan Koperasi Guru-Guru Lepasan Maktab Pahang.
- 16 April 1978 – Ketua Menteri Tamil Nadu, M. G. Ramachandran yang juga seorang pelakon, kini kembali ke bidang lakonan bagi mencari wang untuk membayar tunggakan cukai yang dikenakan ke atasnya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]