Kakitangan MAS naik gaji 17.9 peratus - Utusan Malaysia

Kakitangan MAS naik gaji 17.9 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 April 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan hari ini menawarkan skim gaji baru kepada pekerja-pekerja MAS, kenaikan sebanyak 17.9 peratus dan mengumumkan pembatalan pendaftaran Kesatuan Pekerja-Pekerja Penerbangan (AEU).

Tawaran tersebut adalah daripada kerajaan kepada pekerja-pekerja MAS di Semenanjung Malaysia yang melibatkan tambahan perbelanjaan RM4.8 juta setahun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 April 1975 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina kira-kira 600 buah lagi bot-bot besar untuk memajukan lagi sektor perikanan dalam negara.
  • 15 April 1976Komunis tidak akan dapat mempengaruhi masyarakat India di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Athi Nahappan.
  • 15 April 1977 – Keadaan kemarau di Perlis telah sampai ke peringkat paling genting kerana hujan tidak turun sejak empat bulan yang lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya