Pada 26 Mac 1977, Utusan Malaysia melaporkan Syarikat Felda Oil Sendirian Berhad yang ditubuhkan pertengahan tahun 1975 akan dapat mengeluarkan hasil sepenuhnya awal tahun depan.
Syarikat yang ditubuhkan dengan modal sebanyak RM28 juta itu merupakan perkongsian bersama antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP), Mitsui Company dan Asahi Denca Kagoa, iaitu dua syarikat dari Jepun.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 26 Mac 1974 – Perdana Menteri Australia, Gough Whitlam telah dipukul, ditendang dan dibaling telur ketika berlakunya rusuhan dalam perhimpunan pilihan raya negeri di Perth.
- 26 Mac 1975 – Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas telah bersetuju mengenai perjanjian baru iaitu perkongsian pendapatan daripada hasil minyak negeri.
- 26 Mac 1979 – Yang Dipertua PERKIM, Tunku Abdul Rahman mengingatkan masyarakat berketurunan Cina supaya menyingkir perasaan curiga terhadap agama Islam yang dianggap agama untuk orang Melayu dan Arab sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]