Pada 1 Februari 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan satu upacara menyerahkan pengisytiharan penganugerahan bandaraya telah berlangsung di Bangunan Parlimen.
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah menyerahkan ‘Watikah Diraja‘ yang mengisytiharkan penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Kee Hui dalam satu upacara yang cukup meriah di Dewan Jamuan Bangunan Parlimen.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 1 Februari 1972 – Jabatan Telekom sedang membina sebuah ibu sawat telefon paling moden di negara ini yang berharga RM1 juta di Kajang, Selangor.
- 1 Februari 1975 – Seniman Mustaffa Maarof secara rasminya telah memulakan perkhidmatannya dengan syarikat Gaya Filem yang terkenal dalam menghasilkan filem-filem iklan bermutu tinggi.
- 1 Februari 1977 – Syarikat Sabah Shell dan Pecten Malaysia Oil telah menemui telaga minyak baru di perairan Sabah yang dinamakan St. Joseph 2.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]