Ratu Elizabeth, Raja Britain pertama melawat Malaysia - Utusan Malaysia

Ratu Elizabeth, Raja Britain pertama melawat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Februari 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ratu Elizabeth II dari Britain telah diberi sambutan meriah setibanya dengan kapal Diraja Britannia di Pelabuhan Klang pagi ini untuk memulakan lawatan bersejarah selama 16 hari ke Malaysia.

Ratu Elizabeth yang diiringi oleh suaminya, Putera Philip dan puteri mereka, Puteri Anne berusia 21 tahun merupakan raja yang pertama memerintah Britain melakukan lawatan ke Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Februari 1973 – Universiti Sains Malaysia (USM) akan menubuhkan sebuah pusat sebaran pelajaran bernilai RM1 juta bagi mendapatkan teknik-teknik terbaru untuk mengajar.
  • 23 Februari 1974Menteri Besar Terengganu, Datuk Nik Hassan Abdul Rahman menganggap penemuan telaga minyak pada jarak 160 batu dari pantai Kuala Terengganu sebagai satu rahmat untuk rakyat negeri berkenaan.
  • 23 Februari 1979 Penulis-penulis tempatan digesa menggunakan tema-tema yang boleh membina akhlak dalam penulisan buku-buku untuk bacaan remaja.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 / 0193330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya