Latihan ketenteraan untuk pelajar pengajian tinggi - Utusan Malaysia

Latihan ketenteraan untuk pelajar pengajian tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Februari 1980, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan memperkenalkan satu rancangan latihan tentera di pusat-pusat pengajian tinggi termasuk universiti, kata Menteri Pertahanan, Tun Abdul Taib Mahmud.

Di bawah rancangan tersebut yang dipanggil ‘Unit Latihan Pegawai Simpanan’ atau ROTU, para pelajar boleh secara sukarela mengikuti latihan tentera di pusat pengajian tinggi masing-masing.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Februari 1979 – Malaysia menggesa supaya diadakan satu sistem bertukar-tukar maklumat dan pengalaman mengenai masalah dadah di peringkat antarabangsa.
  • 22 Februari 1980Gaby Eu muncul sebagai juara baru perseorangan wanita Kejohanan Tenis Terbuka Selangor setelah menumpaskan penyandang juara tiga tahun berturut-turut, Maria Cheah.
  • 22 Februari 1982 – Pihak Zoo Dublin, Ireland terpaksa membunuh kesemua singa dan harimau di zoo berkenaan selepas seekor harimau Siberia mati akibat menghidap batuk kering.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya