Pada 13 Februari 1982, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan mengharamkan penyiaran iklan-iklan rokok melalui radio dan televisyen mulai 15 Mac depan.
Keputusan menghentikan siaran iklan rokok melalui RTM adalah bertujuan untuk menyelaraskan kandungan siaran radio dan televisyen dengan usaha-usaha kerajaan mewujudkan kesedaran orang ramai tentang bahaya menghisap rokok.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 13 Februari 1982 – Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) mengambil langkah ‘menutup sementara‘ Sekolah Menengah Agama Islam Toh Puan Rahimah kerana tindakan pelajarnya memulaukan kelas sejak 10 hari lalu.
- 13 Februari 1983 – Sebuah buku berjudul ‘The Love You Make‘ mengenai latar belakang kumpulan pop terkenal, The Beatles bakal dilancarkan bulan depan.
- 13 Februari 1984 – Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk menghadiahkan sebuah bangunan khusus bagi kegunaan wartawan negeri dan wartawan tempatan yang berkunjung ke negeri tersebut.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]