Pada 8 Februari 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah bangunan khas akan dibina di Hospital Kuala Lumpur untuk kegunaan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ketika mengumumkannya hari ini, Naib Canselor UKM, Datuk Dr. Ariffin Marzuki memaklumkan, fakulti itu nanti akan mempunyai dua bangunan, satu lagi ialah di Kompleks Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 8 Februari 1975 – Kelantan mendahului negeri-negeri lain di Pantai Timur dalam menubuhkan Perbadanan Perpustakaan Awam yang
akan dilaksanakan sepenuhnya di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. - 8 Februari 1979 – RISDA telah menubuhkan sebuah unit khas digelar ‘Unit Keluaran Dinamik’ bagi memastikan pekebun-pekebun kecil
seluruh negara dapat mengeluarkan hasil yang maksima. - 8 Februari 1980 – Hampir 50 buah negara menyatakan persetujuan supaya venue Sukan Olimpik dipindahkan dari Moscow sebagai
tindak balas terhadap campur tangan tentera Rusia di Afghanistan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]