Pada 24 Februari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri Tun Abdul Razak hari ini memaklumkan, kerajaan akan mengambil langkah segera dengan memperluaskan perkhidmatan bas mini bagi mengatasi masalah pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Katanya lagi, keutamaan akan diberikan kepada orang-orang perseorangan, khasnya bekas anggota keselamatan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 24 Februari 1973 – Kontena Nasional, iaitu sebuah syarikat bersekutu di bawah PERNAS telah dilantik menjadi pengangkut barang- barang milik kerajaan.
- 24 Februari 1975 – Syarikat Sri Wanita Perak yang dimiliki oleh Pergerakan Wanita UNMO Perak telah memulakan kerja-kerja pembalakan di kawasan seluas 500 ekar di Pepulot, Grik.
- 24 Februari 1977 – Cukai eksais 10 peratus ke atas bateri yang dicas semula telah dimansuhkan selama setahun mulai hari ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]