Bandar Wangsa Maju dilancar - Utusan Malaysia

Bandar Wangsa Maju dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Februari 1984, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan pembukaan bandar baharu di Ladang Hawthorden, Setapak dengan memberi nama “Wangsa Maju“.

Pembangunan bandar baharu yang meliputi kawasan seluas 400 hektar itu merupakan projek pertama di negara ini di bawah konsep Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia. Projek raksasa ini mengandungi perumahan kos rendah, pertengahan dan tinggi, kilang bertingkat, pusat perdagangan dan membeli belah, bangunan pejabat dan kemudahan awam seperti sekolah, masjid dan lain-lain.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Februari 1974Kumpulan September 5 dari Kuantan yang membawa lagu “Ketipang Payung” dan “Women” muncul Juara Bintang RTM 1973/1974 malam tadi.
  • 27 Februari 1979 – Lebih 350 peneroka Rancangan Felda Jengka 19 kehilangan tempat tinggal bila rumah mereka musnah dilanda puting beliung.
  • 27 Februari 1982Mayat kesemua 11 orang mangsa nahas helikopter Bell 212 yang terhempas di hutan Ulu Kali dekat Genting Highlands semalam dijumpai dalam keadaan tidak dikenali.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya