Pada 16 Februari 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lebih 500 orang kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan mogok sebagai tindakan mendesak majikan agar menyelesaikan kesemua 35 tuntutan mereka.
Pengurus Besar KWSP, Lee Siow Mong memaklumkan, hampir kesemua 35 tuntutan itu telah dipersetujui oleh pihak majikan, manakala ada tuntutan yang memerlukan kajian selanjutnya yang melibatkan perkara-perkara pentadbiran.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 16 Februari 1974 – Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengumumkan, satu undang-undang baru akan digubal tidak lama lagi bagi mengawal kayu-kayan di negara ini.
- 16 Februari 1975 – Pakistan bersedia untuk membeli minyak sawit Malaysia secara terus dari FELDA, kata Pengerusi Perbadanan Perniagaan Pakistan, Izharul Haque.
- 16 Februari 1979 – Malaysia mengiktiraf kerajaan baru Iran yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Mehdi Bazargan kata Menteri Luar, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]