Sekolah Latihan Penerbangan TUDM dikendalikan anak tempatan - Utusan Malaysia

Sekolah Latihan Penerbangan TUDM dikendalikan anak tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Januari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sekolah Latihan Penerbangan Helikopter Kluang, Johor mencatat sejarah kerana menjadi sekolah penerbangan pertama yang dikendalikan oleh anak-anak Malaysia sendiri.

Kemampuan anak-anak tempatan dalam bidang ini sangat disanjung tinggi. Ia menjadi satu cabaran kepada TUDM setelah berpuluh-puluh tahun lalu, pusat latihan penerbangan sama ada helikopter atau pesawat menggunakan kepakaran jurulatih yang diimport dari luar negara.

 

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 24 Januari 1978 – Negeri Texas dan Oklahoma di Amerika Syarikat memperkenalkan undang-undang baru yang membolehkan hukuman mati dilakukan melalui ‘suntikan’.
  • 24 Januari 1979 – Jaguh badminton Indonesia, Liem Swie King muncul juara perseorangan lelaki dalam Kejohanan Badminton Piala Dunia Pertama yang berlangsung di Tokyo.
  • 24 Januari 1980 – Para cendekiawan tanah air disaran supaya menjalankan penyelidikan yang mendalam di kawasan Lembah Bujang untuk membongkar rahsia sejarah yang masih terpendam di kawasan berkenaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya