Pada 29 Januari 1983, Utusan Malaysia melaporkan 50 orang termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Ahmad Razali dan Menteri Kerja Raya, Tun S. Samy Vellu tercedera apabila sebuah pentas orang kenamaan di upacara Thaipusam di Batu Caves, roboh.
Pentas berukuran 25 kaki panjang dan 20 kaki lebar itu roboh sekitar pukul 10.25 pagi ketika beribu orang berhimpun untuk mendengar ucapan Menteri Besar Selangor pada hari kejadian.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 29 Januari 1980 – Kuala Selangor merupakan salah sebuah bandar yang mengeluarkan produk batu nisan yang diiktiraf terbaik di Malaysia.
- 29 Januari 1982 – Polis Belanda telah menahan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 25 tahun bersama dadah jenis heroin seberat 10 kg yang bernilai RM1,840,000.
- 29 Januari 1983 – Tangkai-tangkai jagung yang dianggap tidak berguna bakal menjadi salah satu bahan utama dalam perusahaan kertas.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]