Pasangan pemandu Malaysia juara lumba lebuh raya ASEAN - Utusan Malaysia

Pasangan pemandu Malaysia juara lumba lebuh raya ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Januari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tony Wong dan Tony Lew dari Malaysia yang memandu Datsun 100A F2 diumumkan sebagai juara perlumbaan lebuh raya ASEAN yang berlangsung selama sembilan hari.

Keputusan diumumkan dua kali dan dipinda dua kali berikutan bantahan-bantahan yang diterima daripada pasukan-pasukan lain yang tidak berpuas hati. Apabila keputusan ketiga dibuat, masih lagi terdapat kekeliruan tetapi ia diumumkan sebagai muktamad.

 

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Januari 1980Dua batang jalan keselamatan di Daerah Kuala Lipis yang berharga RM20 juta akan dibina sebagai asas pembinaan lebuh raya ketiga menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Lumpur.
  • 16 Januari 1981Isteri Perdana Menteri Jepun, Sachi Suzuki menyampaikan hadiah berupa seekor burung ‘Onagadori‘ kepada isteri Perdana Menteri, Datin Suhailah di Seri Taman, Kuala Lumpur.
  • 16 Januari 1982 – Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) akan mempunyai lima lagi kompleks untuk jemaah haji di masa hadapan di samping kompleks di Subang yang bakal siap.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya