'MAHARANI" pasar raya terbesar di Negeri Johor - Utusan Malaysia

‘MAHARANI” pasar raya terbesar di Negeri Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Januari 1980, Utusan Malaysia melaporkan MAHARANI Supermarket Sendirian Berhad, pusat beli-belah yang pertama di bandar Muar memulakan perniagaannya baru-baru ini.

Terletak di pertembungan antara Jalan Ali dan Jalan Abu, pusat membeli-belah yang berkeluasan 32,000 kaki persegi ini turut dilengkapi dengan sistem pendingin hawa dan merupakan sebuah pasaraya yang terbesar di Negeri Johor.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 26 Januari 1980Tabung Kedua Kumpulan Modal Bumiputera Pahang (KUMIPA) akan dilancarkan tidak lama lagi bagi membantu golongan rakyat berpendapatan rendah memiliki saham.
  • 26 Januari 1983 Indonesia akan menyediakan arkitek serta jurutera awam, elektrikal dan mekanikal bagi membina kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru.
  • 26 Januari 1984 – Persekutuan baru gabungan CUEPACS dan MTUC tetap akan ditubuhkan seperti yang dicadangkan dan mana-mana pihak tidak perlu mempertikaikannya, tegas Presiden CUEPACS, Ahmad Nor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya