Kerajaan setuju jadikan 1 Julai 'Hari RELA' - Utusan Malaysia

Kerajaan setuju jadikan 1 Julai ‘Hari RELA’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Pada 3 Januari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Dalam Negeri dan ibu pejabat RELA bersetuju tarikh 1 Julai dijadikan ‘Hari RELA‘ yang akan diraikan setiap tahun mulai tahun ini.
Ibu pejabat RELA akan menjalankan rancangan mewujudkan pakaian RELA meliputi tiga aspek iaitu semasa latihan, semasa menjalankan tugas dan semasa upacara rasmi kerajaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
  • 3 Januari 1976Bank Pertanian diminta supaya memperluaskan projek pinjaman persekolahan di kawasan-kawasan pertanian di seluruh negara.
  • 3 Januari 1978 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan membuka 520 buah kelas-kelas latihan kerja, ekonomi rumah tangga dan taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) di seluruh negeri Kedah.
  • 3 Januari 1980 – Filem “Prebet Lapok” arahan Datuk Aziz Satar berjaya memecah rekod tayangan paling lama di Pawagam Coliseum, Kuala Lumpur iaitu selama 61 hari.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan  arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya