Pada 10 Januari 1980, Utusan Malaysia melaporkan Pangkalan KD Pelanduk yang merupakan pusat latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 10 tahun sejak 1971 di Woodlands, Singapura akan berakhir apabila bakal berpindah ke pangkalan baru di Lumut Perak bermula awal Februari ini.
Satu perbarisan selamat berpisah oleh para pegawai dan anggota KD Pelanduk telah diadakan di Woodlands dalam suasana sayu sambil diiringi pancaragam lagu selamat berpisah, ‘Gelang Si Paku Gelang‘.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 Januari 1982 – Empat buah universiti utama di negara Afrika Timur telah ditutup berikutan bantahan yang semakin ganas terhadap kempen jimat cermat ekonomi oleh Presiden Jaafar Nimeiry.
- 10 Januari 1983 – CUEPACS mengesyorkan supaya hal ehwal berkaitan kesatuan sekerja dijadikan mata pelajaran khas di sekolah menengah dan universiti.
- 10 Januari 1984 – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi Masjid Sedunia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]