Jamal Abdillah jadi artis rakaman Syarikat WEA - Utusan Malaysia

Jamal Abdillah jadi artis rakaman Syarikat WEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Januari 1980, Utusan Malaysia melaporkan juara Bintang RTM 79, Datuk Jamal Abdillah menjadi artis rakaman apabila beliau mengikat kontrak dengan syarikat piring hitam WEA kelmarin.

Kontrak itu ditandatangani di hadapan pengurus besar syarikat tersebut, Frankie Cheah dan komposer, Datuk Ahmad Nawab di Syarikat WEA untuk kontrak selama dua tahun. Rakaman LP pertamanya akan dibuat hujung bulan ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Januari 1979 – Majlis Perbandaran Kuala Terengganu akan mengadakan satu sistem longkang secara teratur meliputi kawasan Perbandaran Kuala Terengganu mulai tahun ini.
  • 19 Januari 1980 – Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) mengingatkan para petani supaya memastikan padi yang dijual bersih, baik, masak dan kering bagi mendapatkan harga RM30 sepikul.
  • 19 Januari 1982 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan cara baru bagi rondaan motosikal ala ‘Chips‘ bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya