Pada 2 Januari 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan perlu mengambil tindakan mengharamkan kemasukan dan penayangan filem- filem bercorak keganasan (violence) melulu sebelum ianya mempengaruhi jiwa rakyat di negara ini.
Kalangan politik, agamawan, belia dan orang ramai hari ini sependapat bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai filem-filem yang mendatangkan kemudaratan perlu dimasukkan dalam laporan atau syor supaya filem-filem seumpama itu diharamkan sama sekali di negara ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 2 Januari 1976 – Polis telah menjalankan gerakan besar-besaran hari ini bagi mengesan mereka yang terlibat dalam percubaan meletupkan Jambatan Sultan Yahya Petra.
- 2 Januari 1978 – Suresh Menon dari Negeri Sembilan berjaya merangkul dua kejuaraan menerusi perseorangan lelaki bawah umur 16 dan 18 tahun di perlawanan akhir Kejohanan Tenis Remaja Kebangsaan.
- 2 Januari 1979 – Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM40 juta bagi membangunkan lima buah bandar baru di Rancangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tahun ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]