Pada 11 Januari 1982, Utusan Malaysia melaporkan Tan Sri Ghazali Shafie, dilaporkan hilang setelah sebuah pesawat jenis Cessna yang membawanya jatuh terhempas dalam kawasan hutan tebal dekat Bentong semasa dalam penerbangan ke Kuala Lipis.
Beliau berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi, tetapi tidak tiba di Kuala Lipis pada waktu seperti yang dijadualkan dan susulan itu, usaha mencari dan menyelamat telah digerakkan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 11 Januari 1979 – Pelajar Sekolah Agama Perempuan Parit Kadzi, Muar, Aida Idris, 13, berjaya menjadi johan pertandingan tafsir Al-Quran peringkat Negeri Johor.
- 11 Januari 1980 – Seramai 63 orang telah dihukum pancung di Arab Saudi kerana terlibat dalam serangan ke atas Masjidil Haram di Mekah pada November tahun lalu.
- 11 Januari 1983 – Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah memainkan peranan penting dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]