Pada 6 Januari 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan getah asli maju setapak lagi dari segi penggunaanya. Ia akan dijadikan bahan pelapik bawah bangunan bagi mengelakkan bangunan tinggi daripada runtuh apabila berlaku gegaran dan gempa bumi.
Kajian bersama yang dijalankan oleh Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Universiti California, Amerika Syarikat menunjukkan getah asli berpotensi dijadikan alat pelapik untuk menghindarkan gegaran bumi.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 6 Januari 1980 – Tun Hussein Onn mengaku bahawa kesan pembangunan di Pulau Pinang telah menyebabkan tanah milik orang Melayu bertukar tangan.
- 6 Januari 1981 – Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu mendapat tempat pertama dalam kelulusan peperiksaan Sijil
Rendah Peperiksaan (SRP) di antara sekolah-sekolah menengah agama seluruh Terengganu. - 6 Januari 1982 – Shell Malaysia Berhad sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan gas sebagai bahan bakar automotif.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]