Pada 7 Januari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Diploma Perhubungan Awam dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan daripada Institut Teknologi MARA (ITM) mulai hari ini diiktiraf setaraf dengan ijazah universiti.
Pengarah ITM, Tun Arshad Ayub ketika mengumumkannya berkata, pengiktirafan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setelah membuat pengkajian dan penilaian yang teliti.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 7 Januari 1971 – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Tan Sri Donald Stephens, isteri serta lima orang anaknya telah memeluk Agama Islam.
- 7 Januari 1972 – Pusat Penyembelihan Ternakan di Batu Tiga, Shah Alam yang berharga RM9.8 juta dapat menyembelih antara 2,750 hingga 3,000 haiwan ternakan setiap hari.
- 7 Januari 1973 – Mali secara rasminya memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel kerana bertindak kejam dan menghalau keluar penduduk-penduduk di kawasan yang ditawannya,
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]