Pada 5 Januari 1978, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan China telah melancarkan satu kempen untuk menggalakkan rakyatnya yang tinggal di negara-negara asing supaya membuat lawatan ke China atau kembali pulang menetap di negara berkenaan.
Kempen tersebut turut mengalu-alukan orang China seberang laut yang ingin kembali ke China untuk menyertai projek pembangunan kebangsaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 5 Januari 1972 – Polis Perak akan memperkenalkan kaedah ‘Sistem Salleh‘ dalam usaha untuk mencegah kejadian jenayah yang semakin berleluasa di Ipoh.
- 5 Januari 1973 – Sarawak telah mengeluarkan kira-kira 25,000 tan buah ‘illipenut‘, sejenis buah hutan seakan-akan buah ciku yang bernilai kira-kira RM20 juta.
- 5 Januari 1977 – Jabatan agama di setiap negeri di Malaysia disaran agar menubuhkan pasukan ‘Polis Adab‘ bagi membanteras segala bentuk maksiat di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]