Beri peluang kepada negara lemah - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Beri peluang kepada negara lemah – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Januari 1980, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia meminta negara-negara maju tidak menggunakan dasar perlindungan dagang sebagai senjata untuk melindungi kepentingan ekonomi masing-masing.

Berucap pada Persidangan Pertubuhan Kemajuan Perindustrian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, mereka yang sudah kuat tidak sepatutnya menggunakan kekuatan itu terhadap negara-negara yang masih lemah.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Januari 1976Britain dan Perancis melancarkan jet supersonic “Concorde” yang boleh membawa penumpang dengan kelajuan melebihi 1,000 batu sejam.
  • 23 Januari 1978Kumpulan Ghazal Sri Melati Johor Bahru yang pernah menjuarai pertandingan dendang rakyat tahun 1975/1976 semakin popular di negeri itu.
  • 23 Januari 1979 – Kekuatan seramai 6,000 anggota RELA telah dikerah mengawal pantai dari Kelantan hingga ke Johor bagi mencegah pendaratan baharu pendatang haram Vietnam ketika ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya