Pada 5 Disember 1983, Utusan Malaysia melaporkan seorang suri rumah, Zainab Mohamad, 34, merupakan wanita pertama di Kelantan yang diberi kepercayaan mengendalikan sebuah syarikat besar bermodal lebih RM10 juta.
Syarikat Bukit Lepah Rock Product Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik bumiputera yang dikendalikannya kini dalam proses mengeluarkan batu-bata yang dijangka bermula April tahun hadapan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 5 Disember 1982 – Tujuh buah negara pengeluar timah termasuk Malaysia bersetuju membentuk sebuah persatuan untuk melindungi kepentingan mereka di pasaran timah dunia yang menghadapi kemelesetan ketika ini.
- 5 Disember 1983 – Kerajaan Republik Mali akan menghantar pegawai pertaniannya ke negara ini untuk mempelajari teknik-teknik baru pertanian yang dijalankan di kawasan MADA.
- 5 Disember 1984 – Semua kutipan hasil tanah di Negeri Selangor bakal dikendalikan sepenuhnya menerusi komputer tidak lama lagi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]