Tanah runtuh di Sungai Kuyuh, sembilan orang tertimbus - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Sungai Kuyuh, sembilan orang tertimbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Disember 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pegawai-pegawai Jabatan Galian hari ini sedang memulakan penyiasatan rapi ke atas kejadian tanah runtuh di lombong bijih Sungai Kuyuh, Puchong yang meragut sembilan nyawa.

Kerja-kerja mencari mayat mangsa yang masih tertimbus masih giat dijalankan, manakala kerja-kerja memperkuatkan tebing Sungai Kuyuh turut dilakukan secara bersama oleh pekerja-pekerja lombong dan anggota tentera.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Disember 1972 – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan membuat permohonan rasmi kepada Bank Negara untuk menubuhkan bank pekerja di negara ini.
  • 16 Disember 1979 – Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Woodlands akan diserahkan kepada Kerajaan Singapura dalam tempoh empat tahun dari sekarang.
  • 16 Disember 1980Penyanyi baru yang semakin dikenali, Ebby Saiful Ali, 22 tahun berdebar menanti kemunculan LP sulungnya di pasaran yang mengandungi 12 buah lagu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya