Singapura seragam zon waktu ikut Malaysia - Utusan Malaysia

Singapura seragam zon waktu ikut Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Disember 1981, Utusan Malaysia melaporkan Singapura akan mengikut keputusan Malaysia memakai zon waktu yang seragam mulai 1 Januari depan.

Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew ketika mengumumkannya berkata, kerajaan republik itu mengikut jejak langkah Malaysia kerana berpendapat adalah lebih mudah bagi negara itu berseiringan dengan negara jiran yang terdekat.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Disember 1976Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja telah ditubuhkan dengan rasmi dalam satu upacara ringkas di markasnya di Kem Segenting, Port Dickson.
  • 19 Disember 1977Juara solo Bintang RTM 1977, Rosemaria Abdul Hamid, 21 tahun menganggap kemenangannya merupakan tuah ibunya yang memilih lagu “Bunga Tanjung” untuk dinyanyikan.
  • 19 Disember 1980Paul Bryant, 30, anak lelaki seorang Paderi Baptis didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh wanita tahun 1976 telah dikenakan hukuman penjara selama 500 hingga 1,500 tahun.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya