Ribuan binatang terkepung di Empangan Kenyir - Utusan Malaysia

Ribuan binatang terkepung di Empangan Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Disember 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan beribu-ribu ekor binatang liar seperti rusa, kera, kancil dan sebagainya di sekitar kawasan Empangan Kenyir terkepung oleh takungan air yang menjadikannya seperti pulau-pulau kecil.

Binatang-binatang tersebut terkepung sejak beberapa hari lalu ekoran paras air yang semakin naik dan dijangka akan mati kelaparan sekiranya tidak diberi pertolongan dengan segera.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 Disember 1982 – Rancangan Penerbitan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerbitkan sebanyak 30 tajuk buku dalam Bahasa Malaysia sehingga penghujung tahun ini.
  • 29 Disember 1983 – Ramai pengusaha ternakan udang kolam dan penternak babi dari Singapura sedang berusaha memindahkan perusahaan ternakan mereka ke Negeri Johor.
  • 29 Disember 1984 – Majlis Sukan Negara (MSN) bercadang untuk memperkenalkan anugerah kepimpinan sebagai tambahan kepada Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 1984.

 

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya