Pada 15 Disember 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perancis hari ini bersetuju mengiktiraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai kelayakan masuk ke institusi-institusi pengajian tinggi di negara berkenaan.
Persetujuan ini dicapai menerusi rundingan pusingan kedua di antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan sejawatnya dari Perancis, Pierre Mauroy di bangunan Parlimen.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 15 Disember 1980 – Milton Obote, tokoh pemimpin Uganda pertama yang kembali berkuasa melalui pilihanraya selepas digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
- 15 Disember 1982 – Para menteri hanya boleh membuat ucapan dalam bahasa Inggeris sekiranya sesuatu seminar atau persidangan yang mereka hadiri bertaraf antarabangsa.
- 15 Disember 1983 – UDA akan membina dan menyerahkan kepada KTM sebanyak 435 unit rumah flat di Lot 81, Jalan Bangsar untuk kediaman kakitangan atas persetujuan KTM menyerahkan tanah tersebut kepada UDA.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]