Pada 22 Disember 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan usaha terakhir sedang giat dijalankan oleh Syarikat Genting Highlands Berhad untuk melarang orang Islam memasuki kasino mulai 1 Januari tahun depan.
Langkah pertama syarikat itu ialah dengan menukarkan pekerja-pekerja yang beragama Islam di kasino ke jawatan-jawatan lain dalam hotel, pusat hiburan dan restoran.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 22 Disember 1983 – Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) menandatangani perjanjian pinjaman berjumlah RM30 juta dengan dua bank tempatan untuk membiayai projek ‘Menara MPPJ‘.
- 22 Disember 1984 – Muzium Negeri Pahang sedang berusaha membina semula rumah kenangan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Kampung Pulau Keladi, Pekan.
- 22 Disember 1985 – Koperasi Imam Bilal Terengganu (KIBT) akan mengadakan projek perumahan kos sederhana dan rendah di kawasan tanah seluas tujuh hektar di negeri ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]