Pada 20 Disember 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pengarah-pengarah hospital diarahkan supaya melonggarkan sedikit peraturan berhubung dengan kehadiran ibu-bapa, khususnya ibu-ibu yang ingin menemani anak mereka yang sakit.
Menteri Kesihatan, Tan Sri Chong Hon Nyan ketika membuat arahan tersebut berkata, kelonggaran sedikit peraturan itu akan membolehkan ibu-ibu menjaga anak-anak mereka di hospital.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 20 Disember 1982 – Projek batu karang tiruan yang pertama di Sarawak dilancarkan hari ini di luar pantai Santubong diramal akan mendatangkan pendapatan tambahan kepada para nelayan.
- 20 Disember 1983 – Kerajaan Negeri Kelantan sedang mengkaji untuk melaksanakan satu sistem pajak gadai secara Islam di negeri ini tidak lama lagi.
- 20 Disember 1984 – Malaysia akan menghantar para pemerhati ke setiap persidangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), kata Pengarah Urusan Petronas, Rastam Hadi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]