Hamas gesa siasatan antarabangsa kekejaman Israel di Gaza

Hamas gesa siasatan antarabangsa kekejaman Israel di Gaza

TENTERA Israel melancarkan operasi ketenteraan di kawasan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pejuang Palestin Hamas menggesa siasatan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukuman mati tanpa bicara yang didakwa dilakukan tentera Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza.

Hamas dalam satu kenyataan mendakwa sudah mengumpul keterangan menunjukkan tentera Israel melaksanakan hukuman mati tanpa perbicaraan terhadap 137 orang awam Palestin di utara Semenanjung Gaza, termasuk Bandar Gaza sejak serangan darat Israel pada 7 Oktober lalu.

Kumpulan itu menuduh tentera Israel menggali lubang besar di timur Gaza City dan menempatkan puluhan rakyat yang ditahan di dalamnya sebelum melaksanakan hukuman mati ke atas mereka.

Israel bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengetahui tentang dakwaan terbabit dan mahu butiran lanjut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Semalam, Kementerian Kesihatan Hamas berkata, puluhan rakyat Palestin terkorban minggu ini dan dibunuh dengan sewenang-wenangnya semasa operasi ketenteraan Israel di bandar utara Jabalia.

Tentera Israel bagaimanapun tidak mengulas secara langsung mengenai dakwaan itu tetapi menjelaskan akan memastikan serangannya hanya menyasarkan tentera dan mematuhi peruntukan undang-undang antarabangsa.

Rabu lalu, pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pihaknya menerima laporan bahawa tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin yang tidak bersenjata, sekali gus mewujudkan kemungkinan berlaku jenayah perang di Gaza.

Pembunuhan itu didakwa dilakukan di kejiranan Rimal di Bandar Gaza minggu ini dan badan berkenaan menggesa Israel untuk membuka siasatan.

Seorang pegawai Israel yang enggan dikenali bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menuduh ia adalah satu lagi contoh pendekatan partisan dan prejudis terhadap Israel oleh badan PBB.

“Tuduhan itu tidak lain hanyalah fitnah semata-mata,” katanya.

Menurut Hamas, korban nyawa di Gaza kini mencecah 20,258 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak permulaan serangan tentera Israel 7 Oktober lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya