Enam tahanan lari dari Penjara Kuantan - Utusan Malaysia

Enam tahanan lari dari Penjara Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Disember 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan polis Pahang sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu enam orang tahanan polis yang lari secara nekad dari penjara malam tadi.

Keenam-enam mereka sedang ditahan untuk perbicaraan bersabit dengan kes-kes pembunuhan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kesemua mereka dikatakan telah memanjat tembok setinggi 13 kaki sebelum terjun keluar secara nekad antara pukul 11.45 hingga 12.00 malam.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Disember 1976Presiden Konfederasi Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Tunku Abdul Rahman menyeru semua negara-negara anggotanya supaya bertenang dalam menghadapi krisis penyingkiran Israel dan Taiwan dalam persekutuan tersebut.
  • 28 Disember 1977Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melancarkan tiga skim baru, termasuk rancangan persaraan bagi para pekerja.
  • 28 Disember 1980 – Seorang kanak-kanak bersama ibunya dikhuatiri mati lemas setelah bot yang membawa enam orang penumpang karam di Sungai Kampung Berhala Perahu, Pertam, Ulu Kelantan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya