Zoo Negara diancam pembangunan - Utusan Malaysia

Zoo Negara diancam pembangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 November 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Zoo Negara bakal menjadi mangsa pembangunan sekiranya projek-projek perumahan yang sedang berjalan dengan pesat di sekitarnya tidak dihentikan segera.

“Zoo ini sudah terancam dan keadaan akan menjadi bertambah buruk lagi sekiranya projek-projek perumahan yang sedia ada sekitarnya diteruskan tanpa had lagi”, kata Penolong Penguasa Zoo Negara, Zainal Abidin Mohd Tahir.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 November 1976 – Kerajaan Malaysia dicadangkan supaya menjadikan tarikh 14 Januari setiap tahun mulai tahun hadapan sebagai hari memperingati pemimpin-pemimpin agung negara.
  • 30 November 1981 – Jaguh pecut, Rabuan Pit dan May Tan dari sukan renang telah dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati Negeri Selangor 1980.
  • 30 November 1982 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan memperkenalkan konsep rumah batu kepada penduduk-penduduk luar bandar dan di kawasan pedalaman yang tertakluk di bawah lembaga tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya